FAEDAH MFACE

 

1. Menerima ruangan pengiklanan di laman sosial, mengikut pakej yang disertai.

 

 

Contohnya: Pakej $5,000.00 akan dapat $5,000.00 kredit pengiklanan ($0.05 setiap klik)
 
Nota: Kredit ini boleh dijual dan ditebus dalam bentuk kad prepaid.

 

 

2. Menerima 'Special Point' atau pun bahagian apabila kelab menerima keuntungan
bulanan dari laman sosial Mface.me. (Maknanya, sedikit sebanyak kita juga ada
perkongsian di dalam perniagaan laman sosial Mface.me).

 

 

Nota: Pengagihan 19 kali setahun dan automatik terus ke e-wallet.

 

 

3. Berpeluang bermain dalam 'pasaran token atau game credit' yang dicipta khas
untuk ahli ahli kelab. Modal untuk bermain disediakan oleh kelab mengikut pakej
keahlian masing masing. Kita boleh bermain sambil mencipta kekayaan melalui
dagangan token yang menggunakan konsep 'early bird'. Lebih cepat kita membeli
token, lebih banyak token yang akan kita perolehi. Untuk membuat profit hanya
perlu tunggu kenaikkan harga. Ingat konsep ini, beli murah dan jual pada harga
yang lebih tinggi.

 

 

Mekanisma kenaikkan harga telah ditetapkan, harga bermula dari 10 sen dan berakhir
pada harga 60 sen. Setiap sen telah ditetapkan berapa unit yang perlu terjual,
contohnya pada harga 10 sen hanya ada 1 juta unit, habis sahaja unit ini terjual,
harga secara automatik naik menjadi 11 sen pula. Begitulah untuk setiap sen sehingga
sampai ke 60 sen.

 

 

Bila harga sudah maksima, kelab akan melakukan 'split' iaitu memecahkan harga unit
supaya menjadi murah tetapi menggandakan unit yang ada supaya nilai keuntungan kita
tidak berubah. Dalam pusingan pertama, harga 60 sen telah dipecahkan menjadi 20 sen. Unit unit pula digandakan 3 kali.

 

 

Formula yang sangat mudah. Oleh kerana (buat masa ini) setiap pusingan baru boleh
tamat dalam masa sebulan, ini bermakna kita akan mengalami 'split' harga dan 'gandaan unit' juga setiap bulan. Setiap kali kita dapat unit percuma, simpan 50% supaya ia terus
berganda dan jual 50% untuk mencipta pendapatan setiap bulan.

 

 

Banyak lagi keistimewaan yang sedang dibincangkan untuk manfaat setiap ahli.